Rabu, 9 Mac 2016

VIDEO YANG BERKAITAN DAN SISWA YANG TERLIBAT

Video yang berkaitan ;                                           *https://www.youtube.com/watch?v=UFvvg7dKvZc   







 

                                         

                                                   

Disediakan oleh ;
*AMMAR HAMKA BIN NOR AZEMI 
  16DKA15F2034
*ADAM DANIAL BIN AMIRUDDIN
  16DKA15F2057
*MUHAMMAD BIN WAN ANAS IBRAHIM


  16DKA15F2036

PENGAJARAN, KESAN, KESIMPULAN DAN RUJUKAN

                                                             PENGAJARAN   
*Malaysia merupakan sebuah negara yang berdaulat kerana mempunyai sistem pemerintahan yang tersendiri.
*Sistem pentadbiran tanah air yang wujud sejak masa lampau merupakan warisan dan telah diubah suai mengikut kesesuaian masa untuk diaplikasikan dalam pentadbiran masa ini.
*Sistem pentadbiran negara menunjukkan semua warganegara adalah dilindungi di bawah undang-undang negara dan orang yang melakukan kesalahan akan dikenakan hukuman yang setimpal.
*Sistem pentadbiran negara Malaysia yang mengamalkan sistem pembahagian kuasa menunjukkan tidak ada pihak yang menguasai suatu pihak yang lain.
*Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi yang mengiktirafkan kedaulatan rakyatnya melalui sistem pilihan raya.

                        KESAN KEPADA BANGSA DAN NEGARA
*Kewujudan sistem pembahagian kuasa dalam pentadbiran negara telah menyebabkan negara ini terhindar daripada eksploitasi kuasa oleh pihak-pihak tertentu.
*Malaysia telah terkenal di mata dunia sebagai sebuah negara membangun yang aman dan makmur hasil sistem pemerintahan yang aman dan makmur.
*Kestabilan politik hasil kestabilan sistem pemerintahan menyebabkan malaysia muncul sebagai destinasi pelancongan yang terkenal pada masa ini.
*Sistem pemilihan yang telus memberi ruang kepada rakyat memilih pemimpin dalam kalangan mereka.


                                                         KESIMPULAN
*
Setiap warganegara khususnya yang terlibat dalam bidang profesional perlu mengetahui tentang komponen-komponen utama dalam sistem pentadbiran negara. Mereka perlu mengetahui keberkaitan antara kerjaya mereka dengan badan-badan pentadbiran yang terlibat jika ada apa-apa perkara yang memerlukan mereka berhubung dengan badan-badan kerajaan tersebut.
*Generasi muda harus menghargai sistem pemerintahan negara yang mengamalkan konsep demokrasi berpalimen, raja berpelembagaan dan pengasingan kuasa supaya keamanan dan kemakmuran negara dapat dikekalkan.


                                                              RUJUKAN
*Buku teks Pengajian Malaysia ( EDISI KELIMA ) oleh MARDIANA NORDIN dan HASNAH HUSSIN.

BADAN KEHAKIMAN ( JUDISIARI )

BADAN KEHAKIMAN (JUDISIARI)
Ø Kuasa kehakiman bagi badan-badan kehakiman di  Malaysia diperuntukkan dalam Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
ØFungsi-fungsi kehakiman ini pula dimuatkan dalam Perkara 121 – 131.
ØUntuk melaksanakan tugas-tugas kehakiman di negara inisistem mahkamah telah diwujudkan.                  
                           



Kebebasan Badan Kehakiman
Hakim-hakim hanya boleh dipecat atas syor tribunal.
Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi berkuasa menghukum apa-apa penghinaan terhadapnya.
Kelakuan hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi tidak boleh dibincangkan di dalam Majlis Parlimen kecuali dengan usul yang disokong oleh tidak kurang daripada satu per empat daripada jumlah bilangan ahli Majlis Parlimen itu.
Tidak boleh dibincangkan di dalam Dewan Undangan mana-mana Negeri.
Parlimen membuat peruntukan saraan Hakim Mahkamah Persekutuan, dan dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Yang Disatukan.

Pelantikan Hakim
Pelantikan hakim dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong setelah barunding dengan Majlis Raja-Raja dan mendapat nasihat daripada Perdana Menteri setelah berunding dengan Ketua Hakim Negara.
Pelantikan Hakim Besar Borneo, Perdana Menteri harus berunding dengan Ketua Menteri Malaysia.
Pelantikan Hakim Mahkamah  Agung , Perdana Menteri harus berunding dengan dua orang Hakim Besar.
Pelantikan Hakim Mahkamah TinggiPerdana Menteri perlu berunding dengan Hakim Besar Mahkamah yang berkenaan sebagai tambahan kepada Ketua Hakim Negara.
Hakim Mahkamah Sesyen dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong  atas cadangan Hakim Besar.
Majistret Kelas Pertama bagi Malaysia dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong manakala pelantikan bagi nageri-negeri dilantik oleh Raja/ Sultan/ Gabenor atas cadangan Hakim Besar.
Majistret Kelas Kedua bagi Malaysia dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan bagi negeri-negeri dilantik oleh Sultan/ Raja/ Gabenor tanpa penglibatan Hakim Besar

    Sistem dan Corak Kehakiman di Malaysia
Sistem kahakiman di Malaysia berbentuk persekutuan sebagaimana yang diamalkan oleh negara-negara seperti Amerika Syarikat, Kanadadan India.
Mahkamah di Malaysia pada hari ini adalah berdasarkan sistem persekutuan memandangkan pembentukan mahkamah-mahkamah seperti Mahkamah AgungMahkamah TinggiMahkamah SesyenMahkamah RayuanMahkamah MajistretMahkamah TenteraMahkamah BuruhMahkamah Merinyu Kanan Galian berbentuk persekutuan di bawah tanggungjawab kerajaan Persekutuan dan bukannya kerajaan Negeri.
Mahkamah di Malaysia dibahagikan kepada dua iaitu ;
     a) Mahkamah Persekutuan – terdiri daripada            Mahkamah AtasanMahkamah Rendah dan          Mahkamah Khas.
     b) Mahkamah Negeri – terdiri daripada                      Mahkamah Syariah dan Mahkamah Adat.

BADAN PERUNDANGAN ( LEGISLATIF )

BADAN PERUNDANGAN (LEGISLATIF)
Ø   Sebelum kadatangan Barat lagimasyarakat Tanah Melayu telah pun mempunyai sistem perundangan sendiri  iaitu :
         a) Negeri di Semenanjung Tanah Melayu – Undang                   undang Adat Melayu.
         b) Di Sabah dan Sarawak – Undang-undang Adat                    Bumiputera.
Ø   Pada era tradisionalterdapat dua kategori perundangan Melayu yang berasaskan dua sistem adatiaitu Adat Temenggung dan Adat Perpatih.
Ø Setelah kedatangan British, peranan undang-undang tempatan telah banyak mengalami perubahan.
Ø Undang-undang  Inggeris telah digunakan secara meluasterutama Common Law dan kaedah-kaedah Ekuiti.
Ø Secara keseluruhannyaundang-undang Malaysia pada hari ini diperoleh daripada lima punca iaitu ; 
        a) Undang-undang bertulis , iaitu Perlembagaan dan               Perundangan Persekutua dan Negeri.
        b) Keputusan-keputusan Mahkamah.
        c) Undang-undang inggeris.
        d) Undang-undang Islam.
          e) Undang-undang Adat.
      

Peringkat Persekutuan   

   vKerajaan Malaysia memberi mandat kepada Parlimen sebagai badan perundangan negara.

vProsedur atau peringkat badan perundangan Persekutuan ialah :
      a) Yang di-Pertuan Agong
      b) Majlis Raja-Raja
      c) Parlimen
vDalam melaksanakan kuasa legislatif atau perundanganParimen memainkan peranan yang amat penting.
vFungsinya dapat dilihat semasa proses penggubalan rang undang-undang dijalankan.
vStruktur Parlimen Malaysia mengandungi kompenen berikut;
      a) Dewan Negara
      b) Dewan Rakyat

Peringkat Negeri
vKuasa perundangan peringkat negeri dilaksanakan melalui Badan Perundangan Negeri.
vBadan Perundangan Negeri mengandungi ;
     a) Raja
     b) Sultan
     c) Yang Dipertua Negeri
     d) Dewan Undangan Negeri

BADAN PENTADBIRAN / PELAKSANA ( EKSEKUTIF )

BADAN PENTADBIR/PELAKSANA ( EKSEKUTIF)
Ø DiMalaysia, kuasa eksekutif dijalankan secara berperingkat iaitu pentadbiran persekutuankerajaan negeri dan juga kerajaan tempatan.
Ø Peringkat-peringkat seumpama ini dapat menjamin agihan kuasa dan pelaksanaan kerja yang lebih efisen.

Peringkat Persekutuan 
Pada peringkat persekutuanjentera pentadbiran seperti kabinet dan kementerian memainkan peranan penting dalam melaksanakan tugas-tugas pemerintahan dan pentadbiran negara.
Sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, negara ini terus memperkemas sistem pemerintahan mengikut acuannya sendiri walaupun ada sesetengah perkara masih menggunakan corak pemerintahan ala Barat.
Kewujudan sistem kabinetkementerianbadan-badan berkanun dan suruhanjaya-suruhanjaya telah melicinkan lagi sistem pentadbiran negara sehingga Malaysia dikenali oleh negara-negara luar sebagai sebuah negara membangun yang aman dan makmur.
Secara asanyapentadbiran persekutuan diterajui oleh Jemaah Menteri yang menganggotai kabinet.
Kesemua menteri kabinet merupakan pemenang dalam pilihan raya.
Tugas utama kabinet adalah merangka dan menjalankan dasar tertinggi negara.
Badan ini diketuai oleh Perdana MenteriTimbalan Perdana Menteri yang dilantik oleh YDPA, manakala menteri-menteri lain dilantik oleh YDPA atas nasihat Perdana Menteri.

Peringkat Negeri
Perlembagaan persekutuan Malaysia memperuntukkan bahawa kuasa eksekutif peringkat negeri di setiap negeri dijalankan oleh Raja/ Sultan/ Yang Dipertua Negeri
Semua perlembagaan Negeri mengandungi Seksyen 1 ( 2 ) seperti yang terkandung dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang membolehkan Raja bertindak menurut budi bicaranya dalam menjalankan tugas-tugas berikut
        a) Melantik Menteri BesarKetua Menteri
        b) Mempersetujui atau tidak mempersetujui
            permintaan membubarkan Dewan Undangan Negeri.
        c) Memperkenankan pelantikan Menteri BesarKetua
            Menteri dalam kalangan mereka yang mengetuai parti
            yang berjaya  memenangi undi majoriti dalam pilihan raya         pada peringkat negeri.
        d) Memperkemaskan pelantikan ahli-ahli Majlis Mesyuarat             Kerajaan  Negeri (EXCO)/ Jemaah meteri atas Menteri                 BesarKetua Menteri.
  
     Peringkat Daerah
Bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, pentadbiran pada peringkat daerah diketuai oleh Pegawai Daerah dengan dibantu oleh beberapa orang Penolong Pegawai Daerah. Beberapa mukim di dalam daerah pula ditadbir oleh penghulu.
v  Di Sarawak, struktur pentadbiran daerah terbahagi kepada empatiaitu :
          a) Bahagian – ditadbir oleh Residen.
          b) Daerah – ditadbir oleh Pegawai Daerah.
          c) Daerah Kecil – ditadbir oleh Pegawai Anak Negeri.
          d) Kampung – ditadbir oleh Penghulu.
v Di Sabah pula, terdapat dua peringkat pentadbiran Daerah iaitu : 
          a) Daerah – ditadbir oleh Pegawai Daerah ( dibantu                                       oleh Ketua Anak Negeri)
          b) Kampung – ditadbir oleh Ketua Kampung ( dibantu oleh                               orang tua )
vPentadbiran kerajaan tempatan dilaksanakan oleh Majlis Daerah dan Majlis Bandaran.
vFungsi utama kedua-duanya adalah untuk memajukan kawasan pekan/bandar.
vPentadbiran kerajaan tempatan diketuai oleh Yang Dipertua Majlis yang terdiri daripada Pegawai Daerah.
}Ketua Pentadbiran sesebuah Majlis Tempatan ialah Setiausaha Majlis Tempatan Peringkat Daerah .
v Bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, pentadbiran pada peringkat daerah diketuai oleh Pegawai Daerah dengan dibantu oleh beberapa orang Penolong Pegawai Daerah. Beberapa mukim di dalam daerah pula ditadbir oleh penghulu.