Rabu, 9 Mac 2016

BADAN PENTADBIRAN / PELAKSANA ( EKSEKUTIF )

BADAN PENTADBIR/PELAKSANA ( EKSEKUTIF)
Ø DiMalaysia, kuasa eksekutif dijalankan secara berperingkat iaitu pentadbiran persekutuankerajaan negeri dan juga kerajaan tempatan.
Ø Peringkat-peringkat seumpama ini dapat menjamin agihan kuasa dan pelaksanaan kerja yang lebih efisen.

Peringkat Persekutuan 
Pada peringkat persekutuanjentera pentadbiran seperti kabinet dan kementerian memainkan peranan penting dalam melaksanakan tugas-tugas pemerintahan dan pentadbiran negara.
Sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, negara ini terus memperkemas sistem pemerintahan mengikut acuannya sendiri walaupun ada sesetengah perkara masih menggunakan corak pemerintahan ala Barat.
Kewujudan sistem kabinetkementerianbadan-badan berkanun dan suruhanjaya-suruhanjaya telah melicinkan lagi sistem pentadbiran negara sehingga Malaysia dikenali oleh negara-negara luar sebagai sebuah negara membangun yang aman dan makmur.
Secara asanyapentadbiran persekutuan diterajui oleh Jemaah Menteri yang menganggotai kabinet.
Kesemua menteri kabinet merupakan pemenang dalam pilihan raya.
Tugas utama kabinet adalah merangka dan menjalankan dasar tertinggi negara.
Badan ini diketuai oleh Perdana MenteriTimbalan Perdana Menteri yang dilantik oleh YDPA, manakala menteri-menteri lain dilantik oleh YDPA atas nasihat Perdana Menteri.

Peringkat Negeri
Perlembagaan persekutuan Malaysia memperuntukkan bahawa kuasa eksekutif peringkat negeri di setiap negeri dijalankan oleh Raja/ Sultan/ Yang Dipertua Negeri
Semua perlembagaan Negeri mengandungi Seksyen 1 ( 2 ) seperti yang terkandung dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang membolehkan Raja bertindak menurut budi bicaranya dalam menjalankan tugas-tugas berikut
        a) Melantik Menteri BesarKetua Menteri
        b) Mempersetujui atau tidak mempersetujui
            permintaan membubarkan Dewan Undangan Negeri.
        c) Memperkenankan pelantikan Menteri BesarKetua
            Menteri dalam kalangan mereka yang mengetuai parti
            yang berjaya  memenangi undi majoriti dalam pilihan raya         pada peringkat negeri.
        d) Memperkemaskan pelantikan ahli-ahli Majlis Mesyuarat             Kerajaan  Negeri (EXCO)/ Jemaah meteri atas Menteri                 BesarKetua Menteri.
  
     Peringkat Daerah
Bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, pentadbiran pada peringkat daerah diketuai oleh Pegawai Daerah dengan dibantu oleh beberapa orang Penolong Pegawai Daerah. Beberapa mukim di dalam daerah pula ditadbir oleh penghulu.
v  Di Sarawak, struktur pentadbiran daerah terbahagi kepada empatiaitu :
          a) Bahagian – ditadbir oleh Residen.
          b) Daerah – ditadbir oleh Pegawai Daerah.
          c) Daerah Kecil – ditadbir oleh Pegawai Anak Negeri.
          d) Kampung – ditadbir oleh Penghulu.
v Di Sabah pula, terdapat dua peringkat pentadbiran Daerah iaitu : 
          a) Daerah – ditadbir oleh Pegawai Daerah ( dibantu                                       oleh Ketua Anak Negeri)
          b) Kampung – ditadbir oleh Ketua Kampung ( dibantu oleh                               orang tua )
vPentadbiran kerajaan tempatan dilaksanakan oleh Majlis Daerah dan Majlis Bandaran.
vFungsi utama kedua-duanya adalah untuk memajukan kawasan pekan/bandar.
vPentadbiran kerajaan tempatan diketuai oleh Yang Dipertua Majlis yang terdiri daripada Pegawai Daerah.
}Ketua Pentadbiran sesebuah Majlis Tempatan ialah Setiausaha Majlis Tempatan Peringkat Daerah .
v Bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, pentadbiran pada peringkat daerah diketuai oleh Pegawai Daerah dengan dibantu oleh beberapa orang Penolong Pegawai Daerah. Beberapa mukim di dalam daerah pula ditadbir oleh penghulu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan