Rabu, 9 Mac 2016

PENGAJARAN, KESAN, KESIMPULAN DAN RUJUKAN

                                                             PENGAJARAN   
*Malaysia merupakan sebuah negara yang berdaulat kerana mempunyai sistem pemerintahan yang tersendiri.
*Sistem pentadbiran tanah air yang wujud sejak masa lampau merupakan warisan dan telah diubah suai mengikut kesesuaian masa untuk diaplikasikan dalam pentadbiran masa ini.
*Sistem pentadbiran negara menunjukkan semua warganegara adalah dilindungi di bawah undang-undang negara dan orang yang melakukan kesalahan akan dikenakan hukuman yang setimpal.
*Sistem pentadbiran negara Malaysia yang mengamalkan sistem pembahagian kuasa menunjukkan tidak ada pihak yang menguasai suatu pihak yang lain.
*Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi yang mengiktirafkan kedaulatan rakyatnya melalui sistem pilihan raya.

                        KESAN KEPADA BANGSA DAN NEGARA
*Kewujudan sistem pembahagian kuasa dalam pentadbiran negara telah menyebabkan negara ini terhindar daripada eksploitasi kuasa oleh pihak-pihak tertentu.
*Malaysia telah terkenal di mata dunia sebagai sebuah negara membangun yang aman dan makmur hasil sistem pemerintahan yang aman dan makmur.
*Kestabilan politik hasil kestabilan sistem pemerintahan menyebabkan malaysia muncul sebagai destinasi pelancongan yang terkenal pada masa ini.
*Sistem pemilihan yang telus memberi ruang kepada rakyat memilih pemimpin dalam kalangan mereka.


                                                         KESIMPULAN
*
Setiap warganegara khususnya yang terlibat dalam bidang profesional perlu mengetahui tentang komponen-komponen utama dalam sistem pentadbiran negara. Mereka perlu mengetahui keberkaitan antara kerjaya mereka dengan badan-badan pentadbiran yang terlibat jika ada apa-apa perkara yang memerlukan mereka berhubung dengan badan-badan kerajaan tersebut.
*Generasi muda harus menghargai sistem pemerintahan negara yang mengamalkan konsep demokrasi berpalimen, raja berpelembagaan dan pengasingan kuasa supaya keamanan dan kemakmuran negara dapat dikekalkan.


                                                              RUJUKAN
*Buku teks Pengajian Malaysia ( EDISI KELIMA ) oleh MARDIANA NORDIN dan HASNAH HUSSIN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan