Rabu, 9 Mac 2016

BADAN KEHAKIMAN ( JUDISIARI )

BADAN KEHAKIMAN (JUDISIARI)
Ø Kuasa kehakiman bagi badan-badan kehakiman di  Malaysia diperuntukkan dalam Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
ØFungsi-fungsi kehakiman ini pula dimuatkan dalam Perkara 121 – 131.
ØUntuk melaksanakan tugas-tugas kehakiman di negara inisistem mahkamah telah diwujudkan.                  
                           



Kebebasan Badan Kehakiman
Hakim-hakim hanya boleh dipecat atas syor tribunal.
Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi berkuasa menghukum apa-apa penghinaan terhadapnya.
Kelakuan hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi tidak boleh dibincangkan di dalam Majlis Parlimen kecuali dengan usul yang disokong oleh tidak kurang daripada satu per empat daripada jumlah bilangan ahli Majlis Parlimen itu.
Tidak boleh dibincangkan di dalam Dewan Undangan mana-mana Negeri.
Parlimen membuat peruntukan saraan Hakim Mahkamah Persekutuan, dan dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Yang Disatukan.

Pelantikan Hakim
Pelantikan hakim dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong setelah barunding dengan Majlis Raja-Raja dan mendapat nasihat daripada Perdana Menteri setelah berunding dengan Ketua Hakim Negara.
Pelantikan Hakim Besar Borneo, Perdana Menteri harus berunding dengan Ketua Menteri Malaysia.
Pelantikan Hakim Mahkamah  Agung , Perdana Menteri harus berunding dengan dua orang Hakim Besar.
Pelantikan Hakim Mahkamah TinggiPerdana Menteri perlu berunding dengan Hakim Besar Mahkamah yang berkenaan sebagai tambahan kepada Ketua Hakim Negara.
Hakim Mahkamah Sesyen dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong  atas cadangan Hakim Besar.
Majistret Kelas Pertama bagi Malaysia dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong manakala pelantikan bagi nageri-negeri dilantik oleh Raja/ Sultan/ Gabenor atas cadangan Hakim Besar.
Majistret Kelas Kedua bagi Malaysia dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan bagi negeri-negeri dilantik oleh Sultan/ Raja/ Gabenor tanpa penglibatan Hakim Besar

    Sistem dan Corak Kehakiman di Malaysia
Sistem kahakiman di Malaysia berbentuk persekutuan sebagaimana yang diamalkan oleh negara-negara seperti Amerika Syarikat, Kanadadan India.
Mahkamah di Malaysia pada hari ini adalah berdasarkan sistem persekutuan memandangkan pembentukan mahkamah-mahkamah seperti Mahkamah AgungMahkamah TinggiMahkamah SesyenMahkamah RayuanMahkamah MajistretMahkamah TenteraMahkamah BuruhMahkamah Merinyu Kanan Galian berbentuk persekutuan di bawah tanggungjawab kerajaan Persekutuan dan bukannya kerajaan Negeri.
Mahkamah di Malaysia dibahagikan kepada dua iaitu ;
     a) Mahkamah Persekutuan – terdiri daripada            Mahkamah AtasanMahkamah Rendah dan          Mahkamah Khas.
     b) Mahkamah Negeri – terdiri daripada                      Mahkamah Syariah dan Mahkamah Adat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan