BADAN PERUNDANGAN (LEGISLATIF)
Ø Sebelum kadatangan Barat lagi, masyarakat Tanah Melayu telah pun mempunyai sistem perundangan sendiri iaitu :
a) Negeri di Semenanjung Tanah Melayu – Undang undang Adat Melayu.
b) Di Sabah dan Sarawak – Undang-undang Adat Bumiputera.
Ø Pada era tradisional, terdapat dua kategori perundangan Melayu yang berasaskan dua sistem adat, iaitu Adat Temenggung dan Adat Perpatih.
Ø Setelah kedatangan British, peranan undang-undang tempatan telah banyak mengalami perubahan.
Ø Undang-undang Inggeris telah digunakan secara meluas, terutama Common Law dan kaedah-kaedah Ekuiti.
Ø Secara keseluruhannya, undang-undang Malaysia pada hari ini diperoleh daripada lima punca iaitu ;
a) Undang-undang bertulis , iaitu Perlembagaan dan Perundangan Persekutua dan Negeri.
b) Keputusan-keputusan Mahkamah.
c) Undang-undang inggeris.
d) Undang-undang Islam.
e) Undang-undang Adat.
Peringkat Persekutuan
vKerajaan Malaysia memberi mandat kepada Parlimen sebagai badan perundangan negara.
vProsedur atau peringkat badan perundangan Persekutuan ialah :
a) Yang di-Pertuan Agong
b) Majlis Raja-Raja
c) Parlimen
vDalam melaksanakan kuasa legislatif atau perundangan, Parimen memainkan peranan yang amat penting.
vFungsinya dapat dilihat semasa proses penggubalan rang undang-undang dijalankan.
vStruktur Parlimen Malaysia mengandungi kompenen berikut;
a) Dewan Negara
b) Dewan Rakyat
Peringkat Negeri
vKuasa perundangan peringkat negeri dilaksanakan melalui Badan Perundangan Negeri.
vBadan Perundangan Negeri mengandungi ;
a) Raja
b) Sultan
c) Yang Dipertua Negeri
d) Dewan Undangan Negeri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan